Jom sama-sama kite susukan bayi kita...
Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu
sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut
didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh
peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut
mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada
individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk
anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif
tanpa mengeluarkan kos yang mahal.
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu
memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu,
kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada
berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan
mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan
otak yang lebih baik.
Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak
pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3.
DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan
penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang
meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak
yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna
lebih tinggi tahap DHAnya.
Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk
perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak
memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah
ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan
kepada kesihatan ibu juga.
Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal
adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula
pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’
mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol
diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam
pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu
menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang
mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan
saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada
bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet
ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat
menyediakannya serta-merta.
Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan
manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan
galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu
otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah
mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia
mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia.
Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi
tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas
laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap
jagung.
Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar
dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan
otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu
sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap
kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan
baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu
ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.
Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke
kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi
adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding
bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi
mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.
Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang
diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan
banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi
DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal
jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan
wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu
turut mengandungi kelebihan yang lain.
Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American
Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and
Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang
dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah
perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan
kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum
seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang
menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia
dua tahun.
Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang
terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar
tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal
yang terbaik untuk bayi anda.
No comments:
Post a Comment