Tuesday, June 19, 2012

outstation....

assalamualaikum...

mggu lepas 12 hingga 15 jun aku kena bertugas di luar pejabat...g terbang smpai ke Langkawi...terpksa la tinggal zara lg..sediy tul ati ni kenangkan anak...nk bwk xde sape leh ikut..then nk kena book flight n hotel lg...byk kos tu kena guna... so terpksa la tinggal dia bersma abah n family mertua... spt biasala mlm 1st tu dia nangis gile2 smpai pukul 5pg xnk tdo...dok cr ibu..huhu...sediy tul...ibu pn nangis gk kt hotel syg.... esknye dia ok sikit husband ckp...then last day tu nangis x benti jgk...

slmt kwn bg tips mcm2...ade buat jgk n mcm berkesan... tgk gmbr zara bc ayt kursi n selawat syifa...then niat dlm hati sungguh2 then hembus kt gmbr dia...mmg trus dia slow down nangis n tdo... sian tul kt ank ibu ni... kt sn spt biasa rutin ibu mengepam jela tuk zara... jnji de bekal tuk zara...hihi....

seperti biasa ibu bershopping x igt dunia kt langkawi...hihi... jom kte layan gmbr2 ni




Thursday, June 7, 2012

mati itu pasti...

Siti Hasnah Hamzah di usia 28 tahun telah menemui Pencipta Abadi buat selama-lamanya... Meninggal akibat kemalangan jalan raya dan ketika itu dia sedang menyusukan anaknye. cuba menyelamatkan anaknya dan tunduk mengakibatkan kepalanya terhantuk. disebabkn hentakan kuat ada darah beku di dalam otaknya dan meninggal selepas itu. Inlalillah.... Arwah meninggalkan seorg suami dan 2 org anak yang masih kecil dan menyusu badan sepenuhnya. hiba dan sayu rasa hati ni...walaupun hasnah bukan teman rapat aku tp disbbkn selalu terserempak di opis (vendor espp di JAN) kami banyak berbual mengenai breasfeeding. orangnye lemah lembut dan senang tersenyum. sedih mengenangkan nasib anak2 nye yg masih kecil...tp InsyaAllah dpt dijg dgn baik amanah itu oleh bapanya...

sama-sama kite doakan yang terbaik buat arwah agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin.......

link blog hasnah

Wednesday, June 6, 2012

apa itu let down reflex???

Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.
Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus).  Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.
Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.
Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:
  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
  • Payudara diisi dengan susu semula
  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula
Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.
Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu
lagu favoriteku masa di sekolah dlu....

Jom layan.........

Balqis

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

Teknik Marmet-perah guna tangan


 Jom kte kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan ataupun marmet...

 ikuti tips seperti di bawah:

di sini

atau

di sini

harap dapat membantu kawan2 semua...

Monday, June 4, 2012

zara dah setahun

assalamualaikum... pejam celik pejam celik dh setahun berlalu rupenye sejak zara dilahirkan.... xsgka dh ada zuriat sendiri dan zara dah pn masuk 1tahun 2 jun lalu... zara dh mula bljr berjln, mulut makin riuh, keletah yang sgt comel skng ni...geram sangat2.. syukur Ya Allah kerana kurniakan aku zuriat yang sangat manis ini. jom layan gambar zara harapan ibu, moga zara membesar dengan sihat dan jadi anak yg solehah... amin wassalam